Semakin ramai yang cakna dengan kelas seni tempur diri dewasa kini, sama ada untuk tujuan asasnya iaitu mempertahankan diri mahupun tujuan kecergasan.

BERITA TRENDING: Thailand Perkenal Visa Muay Thai, Tarik Pelancong Datang Belajar Seni Pertahankan Diri

Terbaharu, pusat latihan khas seni mempertahankan diri, Fight For Fitness dibuka untuk peminat sukan tempur.

Kata pengasas Fight For Fitness, Zy Rain @ Rainz, semuanya bermula dengan kelas yang dibuka dalam kawasan rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

"Menyedari bahawa seni mempertahankan diri sukan tempur yang semakin mendapat sambutan, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan yang lebih luas dan selesa.

"Di Fight For Fitness ini, kami menawarkan beberapa kelas untuk orang ramai seperti Muay Thai, Jiu Jitsu, Tinju dan seni pertahanan popular dari Brazil iaitu Capoeira,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Hebat! Masuk Kejohanan Senyap-Senyap, Netizen Terkejut Tom Hardy Menang Emas Dalam Seni Mempertahankan Diri…

Terletak di Blossom Square, Bandar Rimbayu, Zy Rain berkata lokasi berkenaan dipilih memandangkan tiada pusat latihan sebegitu yang lain dibuka di kawasan tersebut.



Ujarnya, selain Taekwando, setakat ini belum ada kelas seni mempertahankan diri lain yang dibuka seperti ditawarkan Fight For Fitness.

Dalam pada itu, Zy Rain yang sebelum ini aktif dalam sukan Taekwando dan Muay Thai memaklumkan setiap tenaga pengajar di Fight For Fitness mempunyai kelayakan masing-masing untuk mengajar.

“Kami menyediakan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran, malah mempunyai sijil yang diiktiraf dan bertauliah untuk mengajar.

“Selain kelas seni mempertahankan diri, turut disertakan program kesihatan dan kecergasan bertujuan menyediakan sukatan pelajaran latihan yang komprehensif,” ujarnya.



Menurutnya lagi, Fight For Fitness mengalu-alukan penyertaan buat mereka yang ingin belajar seawal kanak-kanak berusia lima tahun sehinggalah individu dewasa.

PILIHAN PEMBACA: Ini Pesan Jurulatih Taekwondo Kepada Ibu Bapa yang Selalu Paksa Anak ke Tuisyen — Jangan Kecam, BACA INI!

Jelasnya, setiap pelajar yang baru menyertai akan diajar dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat profesional untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri.

Fight For Fitness memberikan yang terbaik untuk pelajar dengan menawarkan khidmat berikut:
 Jurulatih Berpengalaman & Bertauliah
 Pengedar peralatan Seni Mempertahankan Diri Thailand (Mongkol)
 Sukatan pelajaran latihan yang komprehensif dengan kad laporan
 Penggredan suku tahunan untuk semua pelajar
 Pusat Pensijilan Muay Thai
 Perlawanan Amatur Suku Tahun
 Bootcamp ke Pusat Muay Thai Profesional di Thailand
 Perkhemahan Musim Panas/Percutian untuk belia