Hiburan

"Bertudung Bukan Penghalang Untuk Bawa Watak Antagonis" - Hannah Delisha

gempak
Zulaikha Yusof
30/12/2020
02:50 MYT
Sponsor Banner
"Bertudung Bukan Penghalang Untuk Bawa Watak Antagonis" - Hannah Delisha
Pelakon Hannah Delisha, 24, menyatakan dia tidak menganggap bertudung sebagai penghalang untuk berkarya dalam sebuah watak.
Kata pelakon Singapura yang mencipta nama di Malaysia itu, dia tidak mempunyai masalah untuk membawa watak antagonis sekiranya skrip menarik.
"Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis.
"Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.
"Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima.
"Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch mempunyai prinsip tersendiri untuk menjayakan babak romantik tanpa bersentuhan.
"Sekarang pun tengah COVID 19 mana boleh sentuh. Tapi itu lagi bagus, kurang dosa saya.
"Untuk melakukan sesuatu babak romantik, pelakon tidak semestinya perlu bersentuhan.
"Yang penting adalah bagaimana situasi romantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024