Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan Oktober Lalu, Fadlan Hazim Perlu Lalui Ujian ‘Kejantanan’ - “Kena Jalan Atas Papan Ada Paku & Minum Susu Kuda”

Asyikin Mayudin
29/04/2023 10:00 MYT
Pelakon Fadlan Hazim mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunang dengan wanita berasal dari Kazakhstan yang dikenali sebagai Aiya Mukhamedsalova pada 1 Oktober tahun lalu,

Hanya bersendirian ke negara terbabit, Fadlan memberitahu dia mempersiapkan diri dengan ayat lamaran dalam bahasa Rusia sebelum bertemu dengan keluarga tunangnya.

“Alhamdulillah, pada 1 Oktober tahun lalu saya sudah mengikat tali pertunangan dengan Aiya di kediamannya yang terletak di Kazakhstan. Saya pergi ke sana seorang diri sahaja tanpa ditemani keluarga.

“Sejujurnya agak gementar juga la sebab seorang diri saja. Lagipun keluarga tunang saya tak boleh cakap Inggeris. Jadi, sebelum itu saya google translate ayat dalam bahasa Rusia untuk melamarnya di hadapan keluarganya,” katanya kepada Gempak.

Fadlan ditemui ketika majlis pelancaran Elitez MMA di Setia Alam, Shah Alam pada Sabtu.

Ujian daki gunung, minum susu kuda

Dalam pada itu, Fadlan turut mendedahkan dia telah melalui beberapa ujian seperti mendaki gunung dan minum susu kuda untuk memastikan dirinya layak berkahwin dengan tunangnya.

“Sepanjang saya berada sana, saya melalui beberapa ujian. Sebab dekat sana, budaya mereka kalau lelaki nak kahwin dengan anak perempuan mereka memang kena lalui beberapa ujian untuk melihat kejantanan.

“Mereka bawa saya daki gunung tanpa memakai baju sejuk sedangkan ketika itu suhu dalam 4 ke 5 darjah celcius. Masa daki itu, mereka sangat laju… macam berlari tapi sebenarnya berjalan.

“Selain itu, saya kena tunggang kuda depan ahli keluarganya. Saya beritahu tunang, memang pernah bawa kuda tapi sekadar untuk berlakon saja. Tapi tunang kata saya kena tunjuk depan keluarganya yang saya boleh tunggang kuda dengan baik.

“Antara ujian lain, saya kena jalan atas papan yang ada paku kecil-kecil dan minum susu kuda yang agak pahit juga la. Ikutkan saya tak tahu semua itu ada ujian untuk saya. Dah nak balik Malaysia itu baru tunang beritahu saya lulus semua ujian” ujarnya.

Untuk info, tunang Fadlan yang berusia 29 tahun Itu sudah 10 tahun menetap di Malaysia dan bekerja sebagai Software Engineer.
#pelakon #Tunang #Fadlan Hazim #MMA #Kazakhstan #Oktober #Aiya Mukhamedsalova
;