Hiburan

"Berubah & Jadi Lebih Matang Demi Anak-Anak" - Aliff Syukri

gempak
Zulaikha Yusof
06/07/2020
03:15 MYT
Sponsor Banner
"Berubah & Jadi Lebih Matang Demi Anak-Anak" - Aliff Syukri
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, 33, menyatakan fokus utama sekarang adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Menurut Aliff, dia berasa tenang apabila dapat berehat tanpa memikirkan soal perniagaan yang diusahakannya sekian lama.
"Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga.
"Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga . Maklumlah saya dah tua.
"Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang resort @sugarhillresortjandabaik @sugeh.resort.
"Kalau boleh hari-hari nak macam ni sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes," tulisnya di Instagram (IG).
Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Lankayan, Sabah.
Dalam pada itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi lebih matang demi anak-anak tercinta.
"Sudah 12 tahun saya fokus kepada bisnes @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia. Jarang ada masa untuk keluarga.
"Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak anak saya yang meningkat remaja.
"Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira," tulisnya lagi.
Terdahulu, Aliff menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi luahannya apabila mengakui sudah penat berniaga selama 12 tahun.
BACA: Aliff Syukri Dah Penat Berniaga, Nak Duduk Rumah?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024