Hiburan
Rimas Netizen Asyik Tanya Soal Kebersihan, Intan Najuwa Dah Hantar Pakaian Bayi Ke ‘Dry Cleaning’ - “Soalan Pun Macam Kita Tak Ada Comman Sense”
Pelakon Datin Intan Najuwa mula berasa rimas dengan pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan kebersihan pakaian dan barangan bayinya yang bakal lahir.
Cucian kering untuk pakaian baby
Menerusi Instastory, Intan menegaskan dia sudah menghantar semua pakaian bayinya ke cucian kering dan ada juga gaun yang disimpan dahulu kerana saiz yang lebih besar.“Saya hantar semua dekat Jeeves Kuala Lumpur. Mereka boleh lakukan semua untuk awak. Dan juga ada beberapa gaun yang untuk tiga hingga enam bulan saya asingkan untuk basuh kemudian sebab dia boleh belum pakai sekarang,” katanya.“Penat nak jawab satu satu. Soalan pun macam kita ni tak ada satu common sense sangat. Selimut tu tak basuh ke? Baju baby tu tak basuh dulu ke? Itu tak basuh ke? Ini tak basuh? Takkan la tak basuh guys. “Baju baby semua saya hantar pergi dry clean, cuci bersihkan sebersih-bersihnya. Jika anda nampak apa-apa yang masih ada price tag, saya sudah hantar untuk dry cleaning. Ada tempat yang buka price tag dan letakkan balik bila selesai.
Netizen melampau
Pada perkongsian yang sama, Intan juga berjaya dia terpaksa tampil menjelaskan perkara tersebut kerana ramai netizen yang mempertikaikan soal kebersihan.“Kadang-kadang soalan macam kita ni benak ubi sangat tak tahu pasal benda basic. Ok done bebel. Sekian terima kasih,” ujarnya.“Saya tak perlu jelaskan sebenarnya tapi ada antara awak yang melampau cakap saya itu ini. Jangan cakap baju, bilik dia, satu rumah ni panggil orang deep cleaning dan sanizite sekali sebelum nak bagi baby masuk. “Kalau nak cakap fasal kebersihan, awak takkan percaya betapa saya ini orang yang sangat tersusun dan betapa banyak perhatian saya berikan untuk kebersihan.
Must-Watch Video