“Beruntunglah Badan Kalau Dia Tak Tolak...”- Fendy Bakry & Que Haidar Bakal Jayakan Projek Bersama?

Syafiqah Jalal
Disember 4, 2019 04:32 MYT
Pelakon Fendy Bakry mendedahkan kunjungannya ke rumah aktor Que Haidar untuk berbincang mengenai projek terbaharu.
Tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai projek yang bakal dijalankan, Fendy amat berharap Que dapat menerima projek berkenaan.
Sebelum ini, Que memperlahankan kerjaya lakonan dan memberikan tumpuan kepada perniagaan dan keluarga.
Namun begitu, Que hanya memilih naskhah terbaik untuk dijayakan olehnya.
“Mengupaskan perkara-perkara baru dan juga lama. Next project? Oh beruntunglah badan kalau dia tak tolak.. Hahahaha..
“Thanks Abang Que @the_haidars menerima kunjungan saya,” tulisnya.
Fendy yang pernah popular dengan drama Mr Grey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto mereka berdua.
Entri tersebut turut mendapat perhatian peminatnya yang mendoakan agar ia dipermudahkan.
#pelakon #Que Haidar #Pelakon #Berlakon #Fendy Bakry