Laman Utama

"The Best Duo! Menyanyi, Berlakon Pun Sama-Sama" - Netizen Puji Zizan & Elizabeth Tan Dalam MV Payung

Izwan Isa
14/09/2022
11:50 MYT
Klip video bagi runut bunyi filem Abang Long Fadil 3, Payung mendapat maklum balas positif dalam kalangan pendengar dan peminat naskhah filem berkenaan.
Dilancarkan secara rasmi di laman Youtube Rocketfuel pada 7 September lalu, ramai yang memuji kredibiliti serta bakat yang dipersembahkan oleh Zizan Razak dan juga Elizabeth Tan.
Ini antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Youtube:
“Untuk kekal relevan dalam industri, kenalah jadi multi-talented macam Zizan, berlakon boleh, melawak, rap, hosting. Rezeki dia walaupun tubuh tak macam pelakon Hollywood tapi masih dapat watak hero.”
“Saya bangga dan kagum melihat aksi lakonan Elizabeth Tan dalam filem Abang Long Fadil 3. Nanti saya akan tonton di pawagam.”
“Zizan dan Lizzy Tan is the best duo! Acting, singing together. Good combination. Loved it!”
“Muzik video sudah berada tahap antarabangsa. Melayu tidak akan hilang di dunia.”
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.