Walaupun baru sehari ditayangkan namun filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali berjaya menambat hati penonton!

Ramai menyatakan rasa bangga dan memberikan pujian terjadap penerus legasi Mamat Khalid iaitu anaknya, Amen Khalid.

Rata-ratanya puas hati menonton filem tersebut dan berterima kasih kepada Amen kerana masih mengekalkan ‘sentuhan air tangan’ Allahyarham bapanya.









BACA: Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Disempurnakan Amen Khaled

BACA: “Tengah Duduk Pun Macam Dengar Suara Dia” - Air Mata Amen Khalid Tumpah Jua, Sidang Media Paling Sebak

Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).