Laman Utama

“Best, Santai Dan Dekat Dengan Kehidupan Kita” – Penonton Boleh Relate Dengan Mesej Yang Dibawakan Dalam Filem Kalut Nak Kahwin

Shahrin Zulkifle
10/08/2022
13:00 MYT
Melihat kepada reaksi penonton, tidak salah untuk Gempak katakan filem Kalut Nak Kahwin merupakan sebuah filem komedi yang menghiburkan untuk ditonton.
Menyaksikan trailernya sahaja sudah buat kita tersenyum kecil, apatah lagi apabila berpeluang menyaksikan filem penuh.
Justeru, tidak hairanlah jika banyak respons positif diterima hanya selepas lima hari ditayangkan di Astro First.
Menjengah ke ruangan komen di Facebook, ini merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh penonton:
#1 Dekat dengan penonton
Menurut seorang pengguna laman itu, Sam Izwan, Kalut Nak Kahwin merupakan sebuah filem yang cukup dekat dengan dirinya.
“Best, santai dan dekat dengan kehidupan kita sebab sering kali tiada air di kawasan perumahan.
“Tapi lagi kelakar bila nak kenduri air tiada, hahah. Orang pelamin cancel pada saat akhir dan usaha mereka cari air itu adegan paling kelakar.
“Ada adegan orang veteran yang susah dengar kata dan budak-budak yang asyik dengan telefon bimbit, semua ada dalam filem ni. Tengok dengan keluarga memang best dan santai,” tulisnya.
#2 Tonton bukan kerana pelakon
Sementara itu, seorang pengguna bernama Muz Amer berkata dia ingin menonton Kalut Nak Kahwin bukan disebabkan barisan pelakon yang ada, sebaliknya tertarik dengan jalan cerita yang dipersembahkan.
“Saya akan tonton filem ini bukan sebab ada Amerul Affendi, Anas Ridzuan, Megat Shahrizal berlakon.
“Bukan juga sebab ditulis oleh Aloy Paradoks, bukan juga sebab sinematografi oleh Muhammad Idham.
“Saya akan tonton sebab saya tertarik dengan trailernya dan saya suka jalan cerita yang macam ini,” tulisnya.
#3 Poster menarik
Namun bagi pengguna yang menggunakan nama Suka Filem, rasa teruja pengguna berkenaan untuk menonton Kalut Nak Kahwin adalah disebabkan poster yang menarik.
“Dia punya poster lain macam! Lawa sangat,” tulisnya ringkas.
Kalut Nak Kahwin mengisahkan keadaan hari majlis pernikahan dan persadingan Munirah yang menjadi kalut apabila Kawasan flat kediamananya mengalami gangguan air. Sebagai anak sulung, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah dan memastikan hari Bahagia adiknya dapat diteruskan
Selain masalah air, banyak hal lain berlaku seperti insiden kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin yang tidak sempat siap. Di atas semangat kejiranan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.
Kalut Nak Kahwin kini sudah mula ditayangkan di pawagam rumah anda bermula 4 Ogos menerusi saluran Astro First (480). Langgan sekarang untuk menyaksikan lebih banyak filem menarik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Pemenang Anugerah Filem Psychological Terbaik, Korsakoff Bakal Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!

gempak
08/03/2024
12:00 MYT
Naskhah asli karya D Alpha Legacy yang bergenre ‘psychological thriller’ berjudul 'Korsakoff' bakal ditayangkan di Astro First anda bermula 14 Mac ini.
Peraduan

Aquaman and The Lost Kingdom: Sewa & Menang di Astro First!

gempak
08/02/2024
09:11 MYT
Sewa & Menang hadiah eksklusif khas daripada Aquaman!