,
Hiburan

"Betapa Bertuahnya Ada Kawan Macam Awak" - Ini Ucapan Gigi Hadid Untuk Ulang Tahun Kelahiran Blake Lively

Asraf Aided
28/08/2019
10:48 MYT
Supermodel terkenal antarabangsa, Gigi Hadid menulis ucapan buat ulang tahun kelahiran pelakon dan juga teman baiknya, Blake Lively.
Ucapan itu ditulis menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik semalam.
Menurut Gigi, dia berasa bertuah kerana memiliki rakan seperti Blake yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya.
"Ini adalah minggu hari lahir Blake, saya rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana memiliki rakan macam awak.
"Blake banyak memberi inspirasi kepada saya dalam banyak perkara, I love you dan semoga sentiasa diberkati," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Gigi turut mengucapkan selamat hari lahir untuk Blake.
Di akaun IG Blake pula, meskipun entri terakhirnya dikongsi pada bulan Mei lalu, namun ruangan komennya turut dipenuhi ucapan dari peminatnya.

PokeMOM.... Out now.

A post shared by Blake Lively (@blakelively) on

Difahamkan, tarikh sebenar hari lahir Blake adalah pada 25 Ogos, namun Gigi dan semua peminatnya merasakan hari istimewa itu harus diraikan sepanjang minggu ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

gempak
02/06/2024
12:55 MYT
Berita mengenai derma itu datang hanya beberapa hari selepas Bella Hadid membuat kenyataan semasa lawatannya ke Cannes baru-baru ini.
Hollywood

Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli

gempak
24/03/2024
12:55 MYT
Blake Lively yang dilihat telah membuat permohonan maaf kepada Middleton selepas sempat mempersenda teori tentang kehilanggan wanita berusia 42 tahun tersebut.
Laman Utama

Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!

gempak
18/10/2023
04:20 MYT
Bella, Gigi dan keluarga buat laporan polis.
Laman Utama

Gigi Hadid Mengaku Bawa Marijuana Ke Pulau Cayman

gempak
19/07/2023
12:20 MYT
Gigi Hadid ditahan pihak berkuasa.
Laman Utama

Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman

gempak
24/03/2023
13:00 MYT
Insyallah