Hiburan

Beto Kusyairy Menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Di Singapura

Syafiqah Jalal
01/04/2017
06:00 MYT
Beto Kusyairy diumumkan pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam drama bersiri ‘Kisah Tok Kadi’ di Pesta Perdana 2017 yang diadakan di Singapura pada malam tadi.
Anugerah kali ke 14 itu itu menyenaraikan hampir 23 anugerah keseluruhan dengan 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.
Selain Beto, turut tercalon adalah pelakon Nasir Bilal Khan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama/Antologi dan Hamidah Wahab dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Drama komedi Kisah Tok Kadi turut memenangi empat anugerah termasuk Program Paling Popular.
Drama Bersiri Terbaik dimenangi Aduh Bibikku dan Drama Khas Terbaik dimenangi telemovie Anak Bulan.
Anugerah tahunan Pesta Perdana 2017 adalah anjuran saluran Suria milik Mediacorp TV Singapura yang memberikan penghargaan kepada rancangan terbitan saluran televisyen berbahasa Melayu di republik itu.
Sumber Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.