Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Beto Kusyairy Nak Bayar Makan, Tapi Juruwang Kata...

ZULHILMI JALIL
05/12/2019 07:54 MYT
Pelakon Beto Kusyairy berkongsi pengalaman mengejutkan apabila terdapat individu misteri yang membayar makanannya ketika menjamu selera di sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 39, berkongsi hal tersebut menerusi satu status yang dimuat naik di Twitter miliknya.

"Semalam makan di sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail. Apabila nak bayar juruwang kata dah settle. Ada orang yang dah bayarkan.

"Sampai sudah aku tak tahu siapa. Semoga anda sekeluarga terus diberkati dengan kasih sayang dan rezki yang luas. Amin," tulisnya.
 
Bahkan, pelakon filem Juvana itu memberitahu, kejadian itu telah membuka matanya mengenai nilai erti sebuah keikhlasan.
 
"Hamba Allah tu baru sahaja mengajar aku pasal membuat kebaikan yang tak perlu diuar-uarkan," luahnya.

Perkongsian Beto itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakan individu tersebut yang melakukan kebaikan secara diam-diam.

Dalam perkembangan lain, Beto bakal muncul dalam drama bersiri eksklusif, Sembilan di Astro GO bermula esok yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia.

Selain Beto, karya arahan Razaisyam Rashid itu menampilkan Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Azhan Rani, Luqman Hafidz, Amir Nafis dan Sara Ali.
#pelakon #Pelakon #Beto Kusyairy