Skip to main content

Budaya Popular

Betty Rahmad Cabar Diri Hafal Surah Al Kahfi - “Dulu Semua Lagu Adele Saya Hafal, Sekarang Nak Gunakan Masa Hafal Surah”

astro_gempak_betty-rahmad-cabar-diri-hafal-surah-al-kahfi.jpg

Pelakon, Betty Rahmad tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan di bulan Ramadan dengan mencabar dirinya untuk menghafal surah Al Kahfi.
 

Proses hafalan agak mencabar

 

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Betty mengakui proses penghafalan surah Al Kahfi adalah sangat mencabar.

“Kalau dulu semua lagu Adele saya hafal. Sekarang nak gunakan masa yang ada hafal surah surah pilihan. 

“Tahun ini saya cabar diri saya untuk hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dalam bulan Ramadan ni. 

“Surah yang sangat mencabar nak hafal dalam banyak banyak surah. Tak tahu kenapa doakan saya okay,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tampil Perjelas Mengenai Keluarga Hadir Di Majlis Usrah Sama Dengan Amira Othman, Fattah Amin Tak Kisah Rakan Artis Menyakat - “Saya Memang Anggap…”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Aisha Retno Berhijab Manis Ketika Pertama Kali Sertai Majlis Usrah, Peminat Doa Kekal Istiqamah - “Insya-Allah Doakan Ya”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Mona Allen Luah Rasa Syukur Dapat Luang Masa Ke Majlis Ilmu Bersama Suami - “Dulu Dating Dekat Movie, Sekarang Majlis Agama”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Amira Othman Hadiri Majlis Ilmu, Netizen Teruja Lihat Ada Kelibat Ibu Fattah Amin Sekali

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”


Ajak orang ramai turut serta

Dalam hantaran yang sama, adik kepada pengarah Erma Fatima ini juga turut mengajak orang ramai untuk menghafal satu surah dalam bulan Ramadan.

“Jom korang cuba hafal satu surah dalam bulan Ramadan ni, tak kira pendek atau panjang.

“Yang penting kita cuba dan usaha. Jom! Korang nak hafal surah apa?” coretnya.

Berikut merupakan video merakamkan Betty sedang membaca Al-Quran:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Must-Watch Video