Hiburan
Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”
Pelakon, Nora Danish mendedahkan hasrat untuk mengenakan hijab sudah tercetus sejak mencecah usia 40 tahun namun pada ketika itu hatinya masih berbolak balik.
Rutin hadiri majlis ilmu antara penyebab mahu berubah
Bagaimanapun kata Nora, rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu merupakan antara penyebab pintu hatinya terbuka untuk nekad berhijab.“Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.
“Tetapi apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.ARTIKEL BERKAITAN: Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN: Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”
“Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,” katanya.Nora berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang bertempat di Stor Teater (DBP), Kuala Lumpur pada Rabu.
Ibu menangis, lihat perubahan Nora
Dalam pada itu, Nora juga berkongsi penghijrahannya membuatkan ibunya, Salimah Talib menangis dan bersyukur dengan perubahannya selain meminta dirinya untuk terus kekal istiqamah.“Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riak.
“Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu.“Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini,” ujarnya.
Terdahulu, penampilan Nora yang bertudung di laman sosial telah mencetuskan tanda tanya ramai sama ada ia imej kekal atau hanya ke majlis ilmu.
Malah, Nora juga lebih selesa untuj tidak menjelaskan mengenai perkara itu meskipun sedar ramai mendoakan perubahan baiknya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Solo, Netizen Rancak Cuba Nasib Pikat Nora Danish
ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Boss Ned Masuk ICU, Nora Danish Beri Kata-Kata Semangat
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milik Ku Dalam Islam" - Nedim
Must-Watch Video