Selepas video Engku Emran melamar Noor Nabila menaiki belon panas tular, media Indonesia kemudian turut melaporkan dia pernah melakukan aksi yang sama bersama bekas isterinya bintang terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella.

Susulan daripada laporan tersebut, di laman Twitter, ciapan seorang pengguna tular selepas berpendapat strategi membawa wanita menaiki belon panas untuk melamar sebagai pasangan hidup ‘menjadi’.



Disebabkan ciapan itu juga, wargamaya mula kecoh apabila masing-masing mahu meniru aksi lamaran ‘nikoh jom’ Engku Emran pada Noor Nabila.

Bagaimanapun di ruangan balas ciapan tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu wargamaya terutamanya lelaki yang sudah pun merangka ‘strategi’ masing-masing antaranya:

Betul berkesan taktik dia ni. Bila naik belon panas, lepas tu propose time ada atas belon memang chance nak kena reject tu rendah dalam 0.0001 sebab tempat sempit dan tinggi pulak tu. Takkan perempuan tu nak terjun pulak kan. So, taktik ni memang paling berkesan,” komen seorang wargamaya.

Naik belon panas, then nikoh jom. Okay pastu done,” kata seorang wargamaya.

@KendallJenner you, free tak weekend ni? Jom naik belon panas,” tulis seorang wargamaya.

Siapa ada jual tiket naik belon drop link, untuk rujukan masa depan,” ujar seorang wargamaya.

Erra Fazira : Kenapa dulu aku x pernah diajak naik belon eh?” usik seorang wargamaya.

Pada Jumaat, Emran, 46, melangsungkan pernikahan dengan Noor Nabila, 36, kira kira jam 10.02 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.