Laman Utama

Betul Ke Filem Remp-It 2 Hanya Sesuai Ditonton Golongan Rempit Sahaja? Ini Respons Farid Kamil

Izwan Isa
04/10/2022
12:50 MYT
Pelakon, penerbit dan pengarah bagi filem Remp-It 2, Farid Kamil mendedahkan, filem terbaharu arahannya itu sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya, tidak hanya disasarkan pada golongan tertentu, filem yang turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Izzue Islam dan Cat Farish itu sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan semua lapisan masyarakat.
“Apa yang ingin saya tekankan, untuk jalan cerita Remp-It 2 ini, ia sememangnya sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga, kanak-kanak, remaja dan pengikut filem Rempit yang pertama.
“Selepas filem pertama, ramai yang tertanya-tanya adakah Madi mati? Jadi, dalam Remp-It 2 ini bakal terjawab semuanya,” katanya.
Bercerita lanjut, Farid turut mendedahkan mengapakah sekuel bagi Remp-It itu mengambil masa selama 16 tahun untuk disiapkan.
“Mengenai masa yang diambil terlalu lama iaitu 16 tahun untuk sekuel ini, ia disebabkan saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-It 2.
“Lagipun dalam filem ini, saya bukan sekadar bertindak sebagai pelakon, tetapi turut menjadi pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Farid berkata filem arahannya itu merupakan filem tempatan pertama yang dapat memasukkan adegan-adegan seperti perlumbaan Asian Racing.
Malah, penggambaran filem tersebut juga dapat dibuat semasa hari perlumbaan sebenar berlangsung seperti di Asian Racing dan Cub Prix Malaysia.
Selain itu, pihak produksi juga menggunakan lebih 1,000 biji motor untuk penggambaran termasuk pelakon utama dan ekstra.
Selain Farid, Izzue dan Cat, pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah seperti Julia Hana, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung anak Farid sendiri, Muhammad Kamil.
Penggambaran bagi filem ini berlangsung selama 55 hari di lokasi-lokasi yang dipilih sesuai dengan jalan cerita termasuk Ulu Choh Johor, Melaka, Gong Badak Terengganu, Sungai Lembing Pahang, serta sekitar Lembah Klang termasuk Litar Antarabangsa Sepang.
Filem terbitan FKX Film ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula pada 24 November depan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

gempak
27/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.