Betul Ke Tengah Hangat Bercinta Dengan Zoey? Ini Jawapan Zarina Anjoulie!
10/07/2021 10:04 MYT
Perkara itu mula disedari netizen selepas kedua-duanya sering melakukan Instagram Live sejak akhir-akhir ini.
Malah, Zarina juga sebelum ini pernah menyatakan dia sudah menunggu lama kehadiran Zoey.
Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Live terbaru sebentar tadi, Zarina akhirnya membuka mulut tentang status hubungan mereka.
“Betul ke bercinta dengan Zoey? Tak..tak.. kawan je,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, masih ramai peminat Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendoakan hubungannya dengan Zoey berlangsung dengan baik.
Ada yang merestui hubungan tersebut, tidak kurang juga yang berharap ia bukan sekadar gimik.
“Eh lain macam je korang ni, bercinta ke tu”
“Macam cocok je Zarina dengan Zoey ni tapi betul ke jangan marketing sudah”
“Aku suka tengok Zoey layan Anju, very gentleman,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, menerusi laporan Gempak pada 3 Mei lalu, Zarina telah mengesahkan dirinya kembali janda selepas bercerai kali kedua dengan Eilyas.
BACA: Zarina Anjoulie, Suami Cerai Kali Kedua
Sebelum perkahwinan itu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.