Siapa sangka, lagu yang kini popular di media sosial, Cinta Setandan Pisang mendunia apabila ia digunakan dalam salah satu video di platform TikTok kelab bola sepak Juventus.

Menerusi hantaran yang dibuat, lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manja itu dijadikan lagu latar bagi aksi jaringan penyerang tersohor Dusan Vlahovic selepas menjaringkan gol.

@juventus Jangan risau admin setia orangnya. 143 Juventus forever ? #JuventusMalaysia ♬ original sound - MFI AUTOHAUS LUXURY CAR

“Jangan risau admin setia orangnya, 143 Juventus forever,” tulis pengelola akaun berkenaan pada ruangan komen.

Meninjau ruangan komen, ada yang tertanya siapakah pemilik sebenar akaun yang mempunyai pengikut sebanyak 32.6 juta itu.



“Aku masih tak faham ini akaun Juventus Malaysia ke?” tulis seoramng pengguna TikTok.

Menerusi ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen memberitahu yang video tersebut dimuat naik oleh pengelola asal Malaysia dan hanya boleh dilihat oleh pengikut akaun tempatan.

“Ini server Malaysia, negara lain tak boleh tengok pun video ni. Setiap negara ada admin untuk server, yang post ni admin dari Malaysia untuk server Malaysia,” tulisnya.

Sebelum ini, pempengaruh dan pencipta kandungan Leona Azhar turut tular gara-gara menyanyikan lagu ini.

Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Georgina Larang Cristiano Ronaldo Ganti Mentol Lampu Di Rumah, Alasannya ...

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."