Hiburan

“Biar Kita Miskin Harta Tapi Kaya Kasih Sayang…”- Fazley Yaakob

gempak
Syafiqah Jalal
15/08/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
“Biar Kita Miskin Harta Tapi Kaya Kasih Sayang…”- Fazley Yaakob
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui dia akan mengambil peluang untuk pulang ke rumah di dalam kesibukan bekerja demi menjenguk anak-anaknya
Menurut Fazley keakraban bersama anak-anak perlu dijalinkan sejak kecil supaya kasih sayang itu berpanjangan sehingga mereka dewasa
“Alhamdulilah setiap peluang saya dapat untuk balik ke rumah dan menjenguk anak-anak, saya akan buat.
“Sebab saya percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah sangat perlu dari kecik.
“Supaya bila besar nanti mereka tak janggal untuk pegang tangan kita dan kucup pipi kita walaupun depan khalayak ramai.
“Biar kita miskin harta, tapi kaya kasih sayang yang berpanjangan. Setuju tak?” katanya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Fazley memuat naik video saat pulang ke rumah dan dikucup anaknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dan terinspirasi dengan cara didikan Fazley.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.
Dalam perkembangan lain, Fazley menunjukkan skil luar biasa apabila mencipta kek replikasi dari bentuk span basuh pinggan Scotch-Brite Scrub Dots Sponge.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live