Laman Utama

“Biar Saya Tanggung Beban, Bukan Mereka”- Abang Viva Syukur Dah Berbaik Dengan Keluarga, Harap Tiada Lagi Kecaman

gempak
Mya Amri
24/10/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
“Biar Saya Tanggung Beban, Bukan Mereka”- Abang Viva Syukur Dah Berbaik Dengan Keluarga, Harap Tiada Lagi Kecaman
Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memaklumkan perselisihan faham antara mereka sekeluarga sudah diselesaikan.
Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya.
Memuat naik foto bersama keluarga, Azwan menyatakan mereka sudah berbaik antara satu sama lain dan bersyukur segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulilah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan,” coretnya.
Bagaimanapun Azwan tidak mendedahkan kontek perbincangan mereka sekeluarga kerana mahu menjadi rahsia antara keluarga.
Dalam hantaran yang sama, Azwan juga turut memohon maaf atas segala yang berlaku dan berharap agar tiada lagi pihak yang bertanya atau mempersoalkan tentang isu tersebut.
“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan…
“Biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami.
“Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua. Saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.
“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban.
“Bukan keluarga saya… Insya-Allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini,” jelasnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai perkahwinannya didakwa tidak mendapat restu keluarga.
BACA: Abang Viva Sebenarnya Dah Nikah Senyap-Senyap 14 Oktober, Nafi Sorok Dari Keluarga - “Saya Inform Mak Lima Kali, Ayah Tiga Kali”
Malah kakaknya, Fauziyah Omar juga mendedahkan Azwan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Kredit foto kahwin: Aziziang Photography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live