Laman Utama

Abang Viva Sebenarnya Dah Nikah Senyap-Senyap 14 Oktober, Nafi Sorok Dari Keluarga - "Saya Inform Mak Lima Kali, Ayah Tiga Kali"

gempak
Amri Hassan
22/10/2022
01:00 MYT
Sponsor Banner
Abang Viva Sebenarnya Dah Nikah Senyap-Senyap 14 Oktober, Nafi Sorok Dari Keluarga - "Saya Inform Mak Lima Kali, Ayah Tiga Kali"
Tunai janji untuk menjawab kekeliruan status rumah tangganya dan hubungan bersama ahli keluarga, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil membuat siaran langsung di Facebooknya malam tadi.
BACA: Foto Kahwin Tersebar, Abang Viva Didakwa Nikah Tanpa Restu Keluarga? “Tunggu Live Malam Ini…”
Dedah Azwan, dia dan pasangan, Evanoza Zakaria sebenarnya telah bernikah pada 14 Oktober 2022, lebih kurang seminggu lalu secara diam-diam tanpa pengetahuan orang ramai.
"Saya minta maaf atas semua kekeliruan dan salah faham yang berlaku.
"Yang sebetulnya tarikh nikah saya bukan hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022), saya telah nikah pada 14 Oktober 2022, dah seminggu kami bernikah, kami buat secara senyap... tapi bukan tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan.
"Saya nikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah. Ini adalah nota ucapan selamat pengantin baru dari mak saya sendiri yang saya screenshot bertarikh 13 Oktober 2022. Pada malam 12 Oktober juga kali terakhir saya berhubung dengan ibu saya, memaklumkan bahawa saya akan berkahwin.
"Selepas selamat berkahwin juga saya berhubung dengan ibu saya, dan pada 16 Oktober 2022 juga saya maklumkan perkembangan terkini saya.
"Jadi, secara kesimpulannya, saya sudah maklumkan ayah saya sebanyak tiga kali yang mengatakan saya nak berkahwin dan lima kali untuk ibu saya. Cuma mereka tidak bersetuju dengan calon yang saya pilih. Itu je," katanya dalam siaran langsung itu.

Awalkan sebab banjir

Tambah Azwan, majlis pernikahannya terpaksa diawalkan berikutan beberapa faktor semasa termasuk cuaca yang tidak menentu dan berdepan risiko banjir seandainya diteruskan mengikut perancangan asal pada bulan Disember.
"Mungkin silap saya sebab saya teruskan juga dengan pilihan saya. Memang cadangan awal kami nikah dan majlis pada bulan disember tapi atas sebab tertentu (seperti banjir), saya tak nak timbulkan fitnah dan salah faham semua orang jadi, kami ambil keputusan untuk nikah awal.
"Tapi majlis (sanding) akan buat pada awal Disember. Saya tak tahu macam mana berita itu (majlis pernikahan) keluar juga dan orang ramai dapat info dari viral.
"Sejak semalam saya fikir, saya ambil keputusan untuk maklumkan juga mengesahkan perkahwinan kami. Maka, hari ini virallah benda itu, fotografer saya pun sudah kongsikan di media sosial," tambahnya.
Mengulas mengenai ketiadaan kedua-dua orang tuanya di majlis nikah, jawab Azwan; "Saya tahu kesihatan mereka masa itu tak menentu, tapi disebabkan tarikh nikah pejabat agama bagi 14 Oktober 2022 tak boleh tunda, kami nikah juga di situ."

Abang Vida kena tendang dari group WhatsApp keluarga!

Dedah Azwan lagi, hal menjadi viral di media sosial apabila ada pihak yang berkongsi kisah keluarganya selain dirinya sendiri telah ditendang keluar dari group WhatsApp keluarga sekitar Mei lalu.
"Orang tanya, kenapa tak bincang sesama keluarga sebaliknya guna media sosial? Saya pun tak dapat jawab semua itu. Saya ada misi banjir di Baling, Kedah sekitar bulan Mei atau Jun lalu, ketika di sana, saya dikeluarkan daripada group WhatsApp keluarga.
"Kakak saya sendiri yang tendang. Itu sebabnya saya tak tahu apa jadi dalam group keluarga saya.
"Saya kalau boleh tak nak cerita panjang, sampai buka aib sesiapa, saya buat live ini pun untuk betulkan persepsi orang ramai.
"Justeru saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik, bagi kami peluang untuk selesaikan salah faham ini secara tenang dan tertutup. Jadi takkan ada isu luar yang masuk," rayu Azwan.

Ujian kahwin

Getus Azwan lagi, dia menganggap situasi yang berlaku dalam diri dan keluarganya ketika ini sebagai ujian Allah.
"Kalau nak kata tak ambil hati tipulah, saya pun manusia biasa. Saya anggap ini ujian saya selepas berkahwin, ini harga apa perlu saya bayar selepas apa yang saya dapat secara percuma selama ini.
"Dari viral sampai sekarang, saya dapat nama, kereta dan pingat! Ramai kata saya dah kaya, amin... tapi untuk pengetahuan, saya masih bekerja cari makan dengan orang untuk cari duit belanja sendiri.
"Saya tetap macam dulu, kais pagi makan pagi, yang orang ramai tak tahu," ujarnya.
Terdahulu beberapa siri foto post wedding Azwan dan Evanoza tersebar di media sosial selepas ia dikongsikan oleh Aziziang Photography.
Lantaran itu, netizen meninggalkan banyak ucapan tahniah terhadap pasangan yang sebelum ini dilihat melakukan lamaran tak rasmi melalui satu live di Tiktok beberapa bulan lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live