Biarkan Pacat Hisap Darahnya, Ramai Terkejut Lihat Aksi Sharifah Sofia

Syafiqah Jalal
Februari 22, 2019 04:20 MYT
Pelakon Sharifah Sofia bukan sahaja tidak takut, malah membiarkan pacat menggigit serta menghisap darah di tangannya.
Menerusi foto yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, pacat itu telah menjadi besar dan ‘kenyang’ selepas menghisap darah di tangan Sofia.
Sofia difahamkan ketika itu berada di hutan untuk aktiviti mendaki gunung.
Ekspresi wajah Sofia juga tidak menunjukkan dia takut malah terus tersenyum.
“Before and after pictures of Harry, the leech, during my hike from the entrance of Gunung Rajah all the way up to our campsite at Lata Naning..” tulisnya.
Rata-rata terkejut dengan aksi Sofia yang kelihatan selamba dengan kejadian tersebut.
#pelakon #Pelakon #Sharifah Sofia #Pacat