Berita
"Biarlah Hairul Sahaja Yang Berlakon Kerana ....." - Hanis Zalikha
Pelakon Hanis Zalikha mengakui fokus utamanya pada masa kini lebih kepada keluarga dan perniagaan yang dijalankan.
Menurut Hanis, dia bahagia dengan kehidupan sekarang dan mahu suaminya, Hairul Azreen saja meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.
"Saya bahagia dengan kehidupan sekarang namun ada juga perasaan rindu untuk kembali berlakon tetapi apabila Hairul balik rumah bercerita kepada saya tentang penat lelahnya di set penggambaran, jadi rasa rindu untuk berlakon pun hilang.
"Biarlah Hairul sahaja yang berlakon buat masa sekarang ini kerana itu memang minatnya sejak dulu lagi.
"Fokus utama saya sekarang ini tertumpu terhadap tugas kepada keluarga dan perniagaan terlebih dahulu," katanya kepada Gempak.
Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan Mei ini.
Must-Watch Video