Hiburan
“Biarlah Tak Ada Maid, Saya Dah Janji Nak Jaga Dia” – Lana Nodin Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri
Pelakon Lana Nodin akui lebih selesa menjaga anaknya sendiri berbanding menyerahkannya kepada pengasuh.
Menurut Lana, ujian yang dilalui sebelum ini telah banyak mengajarnya erti kehidupan dan bersyukur dengan kondisi anak bongsunya, William Daud Mckienzie sekarang.
“Syukur sangat-sangat… Saya dan suami tak sangka ujian yang Allah berikan tempoh hari memang membuka minda dan mata saya bersama suami.
“Kami berasa sangat bersyukur dengan apa yang kami miliki hari ini. Sebab itu saya lebihkan masa dengan anak-anak saya.
“Saya tak kisah tak ada pembantu, bila saya dapat ujian macam itu saya lebih rela jaga anak saya. Biarlah orang nak kata saya penat atau apa tetapi bila diuji waktu itu… Cuba bayangkan dia tak ada.
“Kerana dialah saya boleh gembira sampai sekarang, saya pun dah berjanji nak jaga dia jadi memang saya yang kena jaga dia.
“Alhamdulillah dia pun sekarang sangat sihat tetapu masih lagi buat pemeriksaan berkala setiap enam bulan sekali,” katanya.
Difahamkan, sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur 'baloon valvuloplasty' disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Terdahulu, Lana dan suami, David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).