Hiburan

“Biasa Isteri Merajuk Dia Duduk Belakang Tuan” -Berdekah! Ramai Terhibur Jawapan Admin Polis Ini

Hanafis Haris
20/10/2020
01:15 MYT
Di saat negara dilanda dengan peningkatan kes COVID-19, pastinya sedikit ‘jenaka’ daripada pihak berkuasa dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan orang ramai.
Penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diselitkan dengan unsur lucu ini dikatakan lebih memudahkan orang ramai memahami peraturan ditetapkan.
Itulah yang terjadi pada kebanyakan posting di Facebook Polis Daerah Penampang sejak semalam.
Komen serta jawapan melucukan oleh pengendali akaun atau admin laman Facebook berkenaan telah mencuri tumpuan kebanyakan netizen.
Antara yang menarik perhatian adalah soalan pengguna Facebook yang bertanyakan sama ada suami isteri perlu duduk belakang atau di tepi jika membawa kereta.
Berikut merupakan respon Polis Daerah Penampang:
“Biasa isteri merajuk dia duduk belakang, tuan kena pujuk, admin pun pernah begitu.
“Tetapi tidak jadi kesalahan jika penumpang duduk sebelah pemandu. Penumpang nak duduk mana tak kisah janji jangan duduk atas pemandu,” kata pengendali akaun tersebut.
Rata-rata netizen terhibur dan memuji cara pengendali akaun tersebut menjawab soalan secara santai dan menghiburkan.
Pada pandangan Gempak, pendekatan yang digunakan ini sangat berkesan.
Bukan sekadar lucu tapi mesej yang disampaikan cukup jelas. Syabas admin!
Anda boleh lihat koleksi jawapan Polis Daerah Penampang di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.