Laman Utama
Bibik Kawan-Kawan Sudah Dapat Vaksin, Ummi Nazeera; "Proud To Be Malaysian, Tak Beza-Bezakan Pun.. Lepas Je Nama"
Pelakon Ummi Nazeera masih tidak punyai jawapan berhubung pertanyaan peminatnya mengenai pembantu rumah rakan-rakannya dari negara luar yang sudah menerima suntikan vaksin.
Kata Ummi, dia bukan individu yang tepat untuk menjawab bagaimana nama pembantu rumah rakan-rakannya lolos untuk senarai penerima vaksin baru-baru ini.
"Anyway quite a few asked me 'Macam mana bibik kawan-kawan Ummi boleh dapat vaksin sedangkan mereka Malaysian belum'.
"Honestly I don’t have an answer for that .. Can ask the people in charge ya. Siapa ya.? citf is it ?" jawabnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, Ummi mendedahkan ada dalam kalangan pembantu rumah rakan-rakannya yang sudah menerima suntikan vaksin tanpa membeza-bezakan status kewarganegaraan.
"Heard that my friends bibik also dapat vaksin MashaAllah .. So proud to be Malaysian! Takde beza bezakan pun .. Lepas je nama!" tulisnya.
Pada hantaran sama, Ummi turut mengajukan pertanyaan kepada pengikut Instagramnya berhubung suntikan vaksin bagi wanita yang sedang menyusu badan.
"Adakah anda sedang menyusu badan dan sudah mendapat vaksin? Saya belum lagi dan masih menantikan slot.
"Eh betul ker jika orang yang tak dapat hadir suntikan vaksin masih boleh masuk dalam senarai menunggu? But kena standby .. Kalau betul nak masuk waitlist jugak please.
"Boleh ke ambil Sinovac kalau breastfeeding? Cuz saya tengah breastfeeding sekarang... Baby baru 3 minggu," soalnya.
Persoalan Ummi dijawab pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mendapat suntikan vaksin meskipun masih menyusu badan.
"To those that are still waiting like myself .. Can get mentally prepared in shaa Allah .. Banyak lagi feedback but window slide dah full .. but so far Alhamdulillah semua feedback positive ..
"Mothers demam pun sekejap je . Yang penting baby ok and susu tak drop.
"For now, let’s just practice social distancing ya.. I know you guys are afraid for your newborn … Kita bagi susu badanlah ya .. Untuk pastikan antibody baby kuat in shaa Allah .. Stay positive mothers!" tambahnya.