Bibik Pun Pakai Baju Raya Sedondon – Rebecca Nur Al Islam Dipuji Hargai Pembantu Rumah

Mya Amri
Julai 4, 2017 07:45 MYT
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam menjadi perhatian selepas memuat naik foto berbaju raya warna sedondon bersama pembantu rumahnya.
Foto-foto yang dimuatnaik oleh Rebecca menerusi akaun Instgaram (IG)nya jelas menunjukkan wajah gembira tiga orang pembantu rumahnya ketika bergambar bersama anak-anaknya.
Menerusi ruangan komen setiap foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikut IGnya memuji tindakan Rebecca seorang majikan yang baik dan tidak meminggirkan pembantu rumah sebaliknya menghargai mereka.
Malah mereka juga kagum dengan Rebecca yang menggelarkan pembantu rumahnya sebagai ‘helper’ kepada anak-anaknya.
Dalam pada itu, pengikut IG juga turut mendoakan agar keluarga Rebecca dimurahkan rezeki kerana tidak kedekut dan layanan baik yang diberikan terhadap pembantu rumahnya.
@gold916collections: Ya Allah. Makin murah rezeki sis bila belanja maid sekali sampai macam tu. Terharu. Susah nk tengok tuan rumah belanja semua pembantu rumah macam tu.
@effa_samsuri: Waah! Cantik - cantik baju bibiks. Semoga Rebecca dan keluarga dipenuhi rezeki yang melimpah ruah.
@nurrulaina: Untunglah bibik-bibik tu dapat majikan baik cantik pulak tu. Semoga rezeki bertambah @rebeccanuralislamahmad
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Rebecca Nur Al Islam