Pelakon cantik Hannah Delisha menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-24 pada Selasa, 27 Oktober.

Menerusi laman sosial Instagram, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan ucapan ulang tahun.

“Baru balik dari seharian menjalani penggambaran yang panjang. Terima kasih di atas semua ucapan dan doa kalian. Saya sangat tersentuh.

Just got back home from a longgg day of shoot. Thank you for the kind birthday wishes and du’a everyone, I’m so touched by it. I’m sorry if i didn’t reply to your dms, messages and comments. But do know i appreciate every single one of ‘em. To another long day of shoot tmrw??

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on


“Maaf kalau saya tidak dapat membalas setiap ucapan yang diterima di ruangan komen, mesej dan DM. Tapi ketahuilah saya sangat menghargai setiap daripadanya. Esok saya akan kembali menjalani penggambaran yang panjang,” luahnya di ruangan komen.

Istimewanya lagi menerusi perkongsian itu, Hannah mengenakan sehelai jubah moden kelabu lengkap dengan tudung warna senada.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan hari lahir kepada pelakon kelahiran Singapura ini.

Malah, ada juga yang memuji imej bertudung Hannah yang kelihatan lebih cantik dan sopan.

Happy birthday Hannah. Semoga Allah merahmati dan membawa awak je jalan yang benar. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT,” ucap pelakon Daler Yusof.

Happy birthday cantik! Semoga dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan semua urusan,” komen seorang wargamaya.

Happy birthday! Stay gorgeous and humble always. Love you,” tulis seorang wargamaya.

Happy birthday kak Hannah, my inspiration. Semoga istiqomah dan love you my sister,” kata seorang wargamaya.

Bidadari turun dari kayangan, so pretty,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada warga Instagram.

September lalu, Hannah mengumumkan dirinya telah berhijab apabila memuat naik sekeping foto memakai tudung.