Big Stage 2022: Lia Aziz Tak Jangka Tersingkir Awal Selepas Iqbal - "Mungkin Aura Saya Kurang Untuk ..."
Izwan Isa
21/02/2022 07:50 MYT
21/02/2022 07:50 MYT
Hasrat hatinya ingin berada lebih lama dalam program Big Stage 2022. Namun, siapa sangka, impian Lia Aziz yang ingin bertahan menerusi program yang mempertaruhkan bakat-bakat penyanyi baharu itu terkandas di minggu ketiga.
Lia atau nama sebenarnya Nuraliah Farzana Abd Aziz berkata, dia berasa sedih dan tidak menjangkakan bahawa namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir malam semalam.
Namun, jauh di sudut hati, pelantun lagu viral Kucu Kuca itu reda dan bersyukur dengan segala peluang dan ilmu yang telah diterima sepanjang menyertai Big Stage 2022.
BACA: Big Stage 2022: Gagal Tunjuk Something Special, Lia Aziz Tersingkir Minggu Ketiga
“Perasaan saya bercampur-baur apabila mengetahui saya tersingkir. Saya tahu, saya akan tersingkir akhirnya, tetapi tidak pula jangka seawal ini.
“Namun, saya reda dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Insya-Allah, ada mungkin ada rezeki di luar sana,” katanya kepada Gempak.
Lia diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir daripada program Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), semalam.
Menerusi konsert mingguan berkenaan, penyanyi berusia 19 tahun itu membawakan lagu Kisah Hati yang dipopularkan oleh Datin Alyah.
Ditanya adakah penyingkirannya disebabkan oleh kurang undian online, Lia berkata: “Sebab penonton sudah melihat persembahan para peserta daripada minggu pertama dan sudah memilih peserta kegemaran masing-masing.
BACA: Tidak Mahu Terus Melekat Dalam Genre Kucu Kaca, Lia Aziz Mahu Cabar Diri Di Big Stage 2022
“Mungkin aura saya kurang untuk tambah pengundi online,” katanya lagi.
Menurut Lia, dia tidak bersetuju jika ada yang mengatakan dia juga tidak memiliki peminat yang ramai.
“Sebenarnya, peminat lagu Kucu Kuca banyak. Cuma apabila saya sudah masuk Big Stage 2022, kita semua seperti berada di alam yang lain. Jadi, orang tengok kita berdasarkan persembahan yang dilakukan setiap minggu,” kongsi Lia.
Dalam perkembangan lain, Lia turut memberitahu yang dia akan memasarkan dua buah single dengan salah satu daripadanya merupakan lagu runut bunyi bagi sebuah drama bersiri.
Seramai 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022. Peserta-peserta tersebut ialah Tuah Adzmi, Ajoi Zainal, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).