Masih ingatkah lagi ketika Juri Pedas Big Stage 2022, Mas Idayu bertanya pada peserta Tuah Adzmi apakah makna ‘pitching’ pada konsert minggu kedua? Disebabkan kegagalan Tuan menjawab pertanyaan tersebut, klip penjurian pada konsert berkenaan viral di media sosial.
Selain ‘kegarangan’ Mas Idayu sebagai juri, ramai juga yang kasihan melihat Tuah yang nampak agak terkejut apabila ditanya dengan soalan sedemikian.
Begitupun, setiap yang diperkatakan oleh Mas Idayu sepanjang proses penjurian diambil positif oleh Tuah. Hal ini kerana, menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, kritikan yang diberikan oleh Mas Idayu dianggap sangat membina, terutama dalam memperbaiki persembahannya pada minggu-minggu akan datang.
“Benar, saya berasa sangat terkejut apabila mummy (Mas Idayu) bertanya soalan itu. Tetapi, saya ada juga rasa takut, macam zaman sekolah dulu bila cikgu tanya, kita tak boleh jawab.
“Sejujurnya, saya tak marah pun. Saya faham sebab mummy buat sebegitu kerana dia mahukan yang terbaik daripada kita semua. Jadi, saya terima apa yang mummy cakap,” katanya kepada Gempak.
Tuah turut berkata, dia akan cuba memperbaiki kelemahan diri, terutama pada beberapa bahagian nyanyian yang dirasakan agak kurang memuaskan sepanjang tiga minggu beraksi di pentas Big Stage 2022.
“Saya puas hati dengan persembahan saya dari minggu ke minggu. Walaupun hanya menerima markah yang biasa-biasa, tetapi markah tersebut naik. Sekurangnya ada perubahan.
“Mungkin juga ada beberapa bahagian yang masih belum jelas dalam nyanyian saya. Jadi, saya kena ambil tanggungjawab untuk betulkan supaya saya boleh meraih markah yang lebih daripada juri,” katanya lagi.
Mengakui kekuatannya adalah menyanyikan lagu-lagu era 90-an, namun, Tuah tidak mahu terus melekat dengan genre tersebut sepanjang pertandingan.
“Kalau nak diikutkan, kekuatan saya menyanyikan lagu-lagu dari era 90-an. Tetapi, saya masuk Big Stage 2022 kerana mahu cabar diri dan belajar selain tunjuk kepada orang ramai yang saya mampu menyanyikan lagu-lagu daripada genre berbeza,” katanya menutup perbualan.
Dalam perkembangan lain, seramai 10 peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022. Peserta-peserta tersebut ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Izwan Isa
Wed Feb 23 2022

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.