Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#BIGSTAGE5: Digelar Netizen Sebagai Golden Hand, Rina Nose - “Saya Memang Suka Make Up Sendiri”

Mya Amri
12/07/2023 03:50 MYT
Pelawak Indonesia dan juga hos Big Stage 5, Rina Nose mengakui lebih suka menyolek wajahnya sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan jurusolek profesional.

Menurut Rina, dia berasa selesa untuk menggunakan solekan mengikut kehendak dirinya sendiri.

“Setiap saat memang make up sendiri dan ketika di indonesia juga biasa. Sama ada mahu impersonate atau jadi apa pun memang saya bersolek sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.

A post shared by Rina Nose (@rinanose16)


Bagaimanapun Rina turut menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah atau mempersoalkan kredibilit jurusolek sebaliknya berbuat demikian untuk keselesaan dan kepuasan dirinya sahaja.

“Bukan kerana tidak percayakan make up artis ya, tetapi sebab saya senang melakukannya sendiri, buat saya selesa.

“Lagi pun saya memang suka idea idea untuk melakukan make up. Bukan kerana ada faktor lain ya,” ujarnya sambil tersenyum.

BACA: #BIGSTAGE5: “Siap Bakar Foundation! Hebatlah” - Netizen Kagum Solekan Seiras Krisdayanti, Rupanya Rina Nose Make Up Sendiri!

Terdahulu Rina mendapat perhatian netizen selepas mendedahkan solekan menyerupai penyanyi terkenal dari seberang iaitu Krisdayanti merupakan hasil air tangannya sendiri.

#Netizen #Solekan #Make Up #Big Stage #Rina Nose #Big Stage 5 #Make Up Sendiri
;