Sejak mengacara program Big Stage 5, selebriti terkenal Indonesia, Rina Nose semakin dikenali di Malaysia.

Tidak hanya berkebolehan sebagai pengacara, Rina juga boleh dikatakan memiliki bakat luar biasa dalam dirinya.

Buktinya, pemilik nama penuh Nurina Permata Putri ini juga boleh melakukan solekan di wajahnya sama seperti jurusolek profesional.

Minggu lalu, solekan yang membuatkan wajahnya hampir menyerupai penyanyi terkenal dari seberang iaitu Krisdayanti merupakan hasil air tanggannya sendiri.

Malah Rina juga turut memuat naik tutorial yang merakamkan dirinya melakukan solekan itu untuk minggu suku akhir Big Stage yang berlangsung pada Ahad lalu.

Paling unik apabila Rina turut memberitahi dia ‘membakar’ foundation solekan sebelum menyapu kosmetik itu pada wajahnya.

Bukan video biasa-biasa, Rina juga turut memasukkan suaranya menyanyi dengan lirik rekaan sendiri.

Paling lucu apabila netizen juga turut terhibur dengan gelagat dan juga lirik lagu yang dinyanyikan Rina.

A post shared by Rina Nose (@rinanose16)

Sehingga kini video tersebut menerima lebih 300,000 tanda suka dan hampir 10,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: #BIGSTAGE5: “Ada Yang Suka Ada Yang Tidak” - Rina Nose Tak Kecil Hati, Mahu Terus Lakukan Yang Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: #BIGSTAGE5: Didukung Kak Lina & Kolar Baju Ditarik, Rina Nose - “Semuanya Berlaku Secara Spontan…”

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).