Minggu keenam Big Stage 5 diteruskan lagu dengan 10 bintang yang bakal membawakan lagu keluar dari zon selesa mereka.

Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Bertemakan Wow-Wa What’s Next! Ini lagu-lagu yang akan dinyanyikan bintang Big Stage 5 malam nanti:

1.Nadeera Zaini - Hati Kama (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
2.Aufahanie - Bring Me To Life (Evanescence)
3.Puteri Khareeza - Sangkar Cinta (Ziana Zain)
4.Firdaus Rahmat - Shinunoga E-Wa (Fuji Kaze)
5.Putera Muhammad - Cintaku 100% (Mas Idayu)
6.Coex - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
7.Dem Lepak Boyz - Apa Khabar (Joe Flizzow & Sonaone)
8.Waode - Ikan Dalam Kolam (El Corona)
9.Farhan Shah - Fighter (Christina Aguilera)
10.Hoondoo - Ghazal Untuk Rabiah (Datuk Jamal Abdillah & Datuk M. Nasir)

Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash merupakan tiga bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).


Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).