#BIGSTAGE5: “Putera Lebih Layak…” - Tiada Istilah Iri Hati, Firdaus Rahmat Doakan Putera Muhammad
Mya Amri
04/07/2023 12:30 MYT
04/07/2023 12:30 MYT
Selangkah sahaja lagi untuk ke final Big Stage 5 namun nasib tidak menyebelahi Firdaus Rahmat apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menganggap perkara itu sebagai ketentuan Ilahi, Firdaus berkata dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
“Bagi saya semua ini sudah ditentukan Tuhan dan bergantung pada rezeki, kalau ada maka adalah, kalau tiada saya terima dengan terbuka.
“Jadi kita move on, tak akanlah kita nak berhenti tengah jalan, kena teruskan juga apa yang saya buat di luar sana supaya boleh kekal dalam lapangan kerja saya.
“Sikit untuk ke peringkat akhir tapi tak dapat… Nak buat macam mana, tiada rezeki. Mungkin ada yang lebih baik untuk saya selepas ini. Kita tak tahu rahsia Tuhan,” katanya ketika ditemui Gempak.
BACA: #BIGSTAGE5: Firdaus Rahmat & Dem Lepak Boyz Tersingkir, Tiada Rezeki Masuk Final
Walaupun mendapat markah yang tinggi daripada juri namun Firdaus tewas dengan undian online dan sekaligus melayakkan rakan seperjuangannya, Putera Muhammad untuk ke peringkat akhir Big Stage 5.
Tiada istilah iri hati, Firdaus bagaimanapun memaklumkan dia mendoakan yang terbaik buat sahabatnya, Putera Muhammad.
“Rezeki berpihak kepada Putera, kita doakan yang baik-baik dan saya pun mendoakan yang terbaik untuk Putera.
“Saya nak dia dapat apa yang dia nak selama ini, dia lebih layak dan walaupun saya tersingkir saya yakin rezeki itu Allah dah tetapkan.
“Saya juga tidak akan berputus asa dan meneruskan bidang seni, mungkin ada yang lebih baik buat saya selepas ini” katanya.
BACA: #BIGSTAGE5: Nadeera, Waode & Hoondoo Memang Sengit! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Firdaus berada di tangga tiga terbawah bersama Dem Lepak Boyz dan Putera Muhammad untuk minggu separuh akhir.
Selain Firdaus, peserta yang turut meninggalkan program hiburan tersebut adalah peserta duo, Dem Lepak Boyz.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).