gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Rakan Sahkan Lelaki Kurang Siuman Yang Tular Adalah Bekas Pemain Hoki Negara - “Jika Sesiapa Berdekatan Tolonglah Bantu Dia”
HIBURAN
Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”
HIBURAN
Atlas Vending Diiktiraf Guinness World Record
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

#BIGSTAGE5: Saingan Hebat Waode, Netizen Ramal Nadeera Zaini Bakal Jadi Juara - “Vokal Power, Sentiasa Konsisten”

gempak
Mya Amri
09/07/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Saingan Hebat Waode, Netizen Ramal Nadeera Zaini Bakal Jadi Juara - “Vokal Power, Sentiasa Konsisten”
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert akhir Big Stage 5 berlangsung malam ini melabuhkan tirainya.
Seramai enam bintang bakal berentap untuk merebut gelaran juara Big Stage 5.
Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Putera Muhammad, Waode, Nadeera Zaini, Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza.
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara Big Stage pilihan mereka.
Antara nama yang sering menjadi sebutan adalah Nadeera dan juga Waode.
Rata-rata netizen memilih dua nama tersebut berdasarkan penilaian tahap peningkatan persembahan Nadeera dan Waode setiap minggu.
Bah kan ada sahaja kreativiti yang ditonjolkan dalam persembahan mereka berdua membuatkan netizen tidak bosan.
Bagaimanapun netizen juga tidak menafikan potensi juara yang ada pada Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie dan juga Puteri Khareeza.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan vokal mereka yang tersendiri.
Siapa pula juara pilihan anda?
Jangan lupa saksikan konsert akhir Big Stage 5 malam ini!
BACA: #BIGSTAGE5: Nadeera, Waode & Hoondoo Memang Sengit! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Terdahulu, Firdaus Rahmat berada di tangga tiga terbawah bersama Dem Lepak Boyz dan Putera Muhammad untuk minggu separuh akhir.
Selain Firdaus, peserta yang turut meninggalkan program hiburan tersebut adalah peserta duo, Dem Lepak Boyz.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#Ramalan Juara
#Big Stage 5
#BIGSTAGE5
#Waode
Must-Watch Video