TERKINI

#BigStageAlpha: Afiq Sky Terharu Dapat Sokongan Penuh Dari Ayah - “Ini Sebenarnya Impian…”

Ainun Md Zooki 14/06/2025 | 11:55 MYT

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Afiq Sky meluahkan rasa terharu apabila impiannya untuk bergelar penyanyi hampir tercapai hasil sokongan penuh daripada bapanya.

Jelas Sky, sokongan dan restu daripada ayahnya memberikan kekuatan buat dirinya meneruskan perjuangan dalam dunia seni apatah lagi apabila mengetahui bahawa impian menjadi penyanyi adalah satu impian ayahnya suatu ketika dahulu.

“Saya sangat gembira dan dalam masa yang sama rasa sebak sebab ayah saya akhirnya menyokong cita-cita saya.

“Dia pernah beritahu saya, ini sebenarnya impian dia masa muda yang tak sempat dia capai. Jadi, saya rasa saya inilah orang yang menyambung impian dia walaupun bukan sepenuhnya kerana dia, tetapi sebab ini juga memang impian saya sendiri,” katanya kepada Gempak.

Sky berkata demikian ketika menghadiri Showcase Big Stage Alpha di Pavillion Bukit Bintang, baru baru ini.

Tambahnya lagi, dia juga menyatakan bahawa dia menyertai BSA ini bukanlah atas dasar mahu meneruskan impian ayahnya itu tetapi mereka berdua mempunyai minat yang sama untuk menjadi seorang penyanyi.

Oleh itu, Sky juga mengakui dia akan sentiasa mengikuti nasihat dari ayahnya untuk terus berjuang untuk menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti.

“Kebetulan impian kami sama. Jadi saya anggap ia sebagai impian bersama saya bawa harapan saya dan juga harapan ayah saya.

“Saya pun selalu dengar nasihat-nasihat ayah saya, dan memang saya amalkan dalam setiap langkah dalam perjalanan saya sebagai penyanyi,” jelasnya.

Pada masa sama, bintang Alpha itu turut berkongsi ayahnya pernah menyimpan keinginan untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia.

Namun, perasaan rendah diri dan kurang keyakinan membuatkan hasrat itu terkubur begitu sahaja.

“Ayah saya pernah cakap, dulu dia memang nak cuba masuk Akademi Fantasia, tapi dia rasa program tu bukan ‘level’ dia.

“Jadi dia tak pernah cuba pun, tapi sebenarnya dia sangat teringin. Bila dia tengok saya berjaya masuk Big Stage Alpha, dia cakap inilah impian dia yang tak sempat dia capai — dan saya pula berjaya capai impian saya,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Syukur Ke Final Walaupun Diuji Masalah Suara - “Saya Bukan Siapa-Siapa, Hanya Seorang Busker”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Tertekan Lolos Ke Pusingan Separuh Akhir - "Makin Senang Untuk Berada Di Bottom Three"

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Dikritik Kurang Menyerlah, Afiq Sky Tekad Buktikan Kemampuan - “Tiada Istilah Ada…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Ayah #Sokong #Terharu #Big Stage Alpha #Afiq Sky