BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha - Araff Tak Sangka Ada OT7, Debut Dengan ALPHA - “Waktu Nama Tak Umum, Benda Pertama Saya Fikir Adalah Motor”
Terfikir tentang motor
Mengimbas kembali saat ketika berada di konsert akhir, Araff berkata pada mulanya dia reda apabila namanya tidak disebut untuk menjadi anggota kumpulan dalam boy band berkenaan.“Ketika nama saya tidak diumumkan, sejujurnya saya berasa sangat down kerana tak dapat join ALPHA.
“Benda pertama saya fikir pada ketika itu adalah motor saya yang rosak. Yang tersingkir tidak dapat apa apa hadiah cuma elaun kami sahaja.
“Kos untuk baiki motor itu tidak la besar cuma tetaplah perlu dibaiki untuk saya pulang. Tapi itu hanyalah sebahagian sahaja.
“Yang utamanya saya teringat tentang ibu bapa saya, setiap minggu mereka datang, naik turun Kedah. Saya rasa seperti sudah menghampakan perasaan dan semangat mereka.
“Tapi alhamdulillah, masih ada rezeki saya untuk ALPHA,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Alami Dehidrasi Melampau, Araff Kongsi Detik Hampir Pengsan - “Tekanan Darah Saya Pada Ketika Itu Adalah…”
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Araff Hampir Pengsan Selepas Persembahan Berkumpulan
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
SAKSIKAN TEMU BUAL PENUH BERSAMA ARAFF DI ATAS:
Untuk info, Ariel Fesol diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 serta trofi sumbangan Astro.
Naib juara pula dimenangi oleh Ray-D manakala tempat ketiga jatuh kepada peserta berasal dari Brunei iaitu Rizal Rasid.