BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Ariel Fesol Sebak Dapat Mara Ke Finale - “Ini Adalah Air Mata…”

Ainun Md Zooki 10/06/2025 | 02:55 MYT

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila impian untuk mara ke pentas akhir program realiti itu menjadi kenyataan.

Jelas Ariel, dia berasa sebak bukan kerana kecewa berada dalam kedudukan tiga terbawah, tetapi kerana impian yang lama dipendam akhirnya semakin hampir ke garisan penamat.

“Yang merisaukan saya pada malam tadi adalah semakin nak habis Big Stage Alpha ni, impian dan semangat saya untuk menjadi salah seorang anggota Alpha berkorbar-korbar.

“Bila rezeki saya di bottom three tu, saya bercakap dengan diri saya sendiri, apa sahaja yang terjadi bersyukur dan terima takdir tuhan yang telah ditetapkan tetapi apa yang mengalirkan air mata saya tadi adalah air mata kegembiraan saya yang saya angan-angankan selama ini,” katanya kepada Gempak.

Ariel turut mendedahkan dia sudah lama menyimpan impian untuk menyertai Big Stage sejak musim kedua lagi dan kini diberi peluang untuk mara ke peringkat akhir.

“Sebelum saya tidur, saya angan angankan. Bukan Big Stage Alpha ni je, saya menantikan Big Stage dari musim yang kedua dan sepanjang perjalanan ni saya selalu angan angankan kalau nanti macam mana masuk semi final dan kalau dekat final nanti kalau nak umumkan juara apa perasaannya.

“Saya selalu angan angankan tapi minggu ni menjadi realisasi, buatkan saya rasa sangat sebak dan rezeki yang saya dapat,” jelasnya.

Dalam pada itu, bintang Alpha ini turut berkongsi tekanan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir sangat hebat dan memberikan cabaran tersendiri buat dirinya.

“Minggu ni sangat mencabar. Saya terlalu tertekan dengan debaran menuju semi final. Bukan sebab nak kekalkan tempat pertama, tapi saya lebih kepada bersedia andai ini minggu terakhir saya di pentas BSA,” katanya.

Bagaimanapun, Ariel mengakui dia reda jika keputusan pada minggu separuh akhir ini tidak menyebelahi dia kali ini dan dia juga akan menyifatkan setiap rezeki ada hikmahnya tersendiri.

“Kalau saya tersingkir di minggu separuh akhir ni, sudah tentu saya sedih sebab dah dekat sangat dengan penghujung.

Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri, kalau kita sentiasa positif, Insya-Allah, apa yang akan datang pun akan jadi sesuatu yang baik,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Mahu Keluar Dari Zon Selesa, Ray-D Puas Hati Dengan Persembahan Solo - “Saya Sedar Saya Tak…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
#Pentas #Sebak #Impian #Akhir #MARA #Big Stage Alpha #Ariel Fesol