Gempak logo
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: "Berat Badan Saya Pernah Cecah 103KG" - Awienit Dalam Usaha Berdiet, Mahu Jaga Kesihatan & Penampilan

article-author-avatar
Ainun Md Zooki 01/06/2025 | 03:55 MYT
#BigStageAlpha: Berat Badan Saya Pernah Cecah 103KG - Awienit Dalam Usaha Berdiet, Mahu Jaga Kesihatan & Penampilan

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Awienit mendedahkan dia perlu mengurangkan berat badannya sebelum memasuki pertandingan ini.

Menurut Awienit, keputusan untuk mengurangkan berat badannya itu dibuat disebabkan dia tahu bagaimana kamera boleh mengubah persepsi saiz badan seseorang apabila muncul di kaca TV.

“Salah satu sebab saya kurangkan berat badan kerana, kita muncul dalam TV. Bila kita muncul dalam real life dan dalam TV, ia berbeza sebab kamera TV dia wide, jadi ia buat kita nampak besar sikit.

“Sebab itulah, bila kita kecilkan badan, kita akan nampak sedikit besar dalam TV. Tapi bila kita memang besar di dunia sebenar, kamera akan buat kita nampak lebih besar lagi,” katanya kepada Gempak.

Selain mahu tampil lebih menarik di hadapan kamera, bintang Alpha itu turut menekankani bahawa dia perlu menjaga kesihatan dirinya agar lebih bersedia untuk membuat persembahan.

“Selain itu, saya perlu kelihatan lebih presentable dan fit. Sudah semestinya, faktor kesihatan juga penting supaya saya lebih mudah bergerak ketika menari dan menyanyi. Berat saya pernah mencecah 103 kilogram pada hujung tahun lepas.

“Ketika itu, apabila saya menimbang berat badan dan melihat angka sudah mencapai tiga digit, saya sedar sudah tiba masanya untuk mula menurunkan berat badan,” jelasnya.

Pada masa sama, Awienit turut mengakui kesedaran untuk menjaga berat badan ini mula timbul setelah menyedari badannya mengalami perubahan yang ketara pada dirinya sejak meninggalkan zaman persekolahan.

“Zaman sekolah saya kurus sahaja sebab banyak main sukan. Tapi bila dah habis sekolah dan tak bersukan, sejak itu berat saya mula naik,” kongsinya.

Walaupun perjalanan menurunkan berat badan ini tidak sesuatu yang mudah tetapi Awienit tetap bersemangat dan meletakkan sasaran berat badan ideal untuk dirinya pada tahun ini.

“Perjalanan untuk saya kuruskan badan masih berjalan seperti biasa. Doakan saya. Saya punya target tahun ni adalah untuk dapatkan berat sebanyak 80 kilogram sahaja,” harapanya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Dikritik Kurang Menyerlah, Afiq Sky Tekad Buktikan Kemampuan - “Tiada Istilah Ada…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAplha: Daniel Sher Tak Tersinggung Persembahan Fiction Dikata Feminin - “Semua Orang Ada…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Izat Ibrahim Tak Sangka Berjaya Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kelima - “Minggu Paling Mencabar Buat Saya”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: "Saya Adalah Peminat BTS Dan ..." - Edry Abdul Halim Tak Kisah Komen Dikecam Netizen, Mahu Anak Didik Maju!

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Kesihatan #Berat #Badan #Penampilan #Kurang #Big Stage Alpha #Awienit