gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Darian Aledra Enggan Layan Mesej Lucah Daripada Peminat - "Selalunya Datang Dari Jantina Yang Sama"
HIBURAN
Netizen Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji - “Selamat Datang Princess Disney”
GAYA HIDUP
Pusing Satu Shopping Mall Di Malaysia Boleh Cecah 12,000 Langkah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Buka Mata Rakyat Malaysia Untuk Kenali Daniel Sher - "Sebelum Ini, Tak Ramai Pun Yang..."

gempak
Ainun Md Zooki
14/06/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Buka Mata Rakyat Malaysia Untuk Kenali Daniel Sher - "Sebelum Ini, Tak Ramai Pun Yang..."
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher meluahkan rasa syukur apabila namanya mula dikenali ramai selepas menyertai program hiburan itu.
Jelas Daniel, peluang untuk menyertai program ini menjadi satu titik tolak dalam kerjayanya sebagai penyanyi malah merasakan segala pengalaman yang telah dilaluinya merupakan persiapan untuk dia menghadapi segala cabaran dalam program itu.
“Saya mula sedar ini bukan pertandingan biasa. Selepas memasuki Big Stage Alpha ini, barulah saya jumpa diri saya yang sebenarnya.

“Sebelum ini, tak ramai pun yang kenal saya. Saya bergerak sendiri, semua saya buat sendiri. Tapi bila saya berada di sini, saya rasa mungkin inilah tempat yang sesuai untuk saya. Mungkin sebelum ini semua pengalaman saya adalah persiapan untuk momen ini,”katanya kepada Gempak.

Daniel berkata demikian ketika menghadiri Showcase Big Stage Alpha di Pavillion Bukit Bintang, baru baru ini.
Dalam pada itu, Daniel juga meluahkan rasa gembira kerana dapat mencipta hubungan persahabatan bersama bintang Alpha yang lain.
“Dekat sini saya jumpa ‘adik-adik’ saya yang lain. Semua bintang Alpha yang lain sangat baik, penyayang, dan ada semangat persaudaraan yang kuat," kongsinya.
Sementara itu, Daniel juga berkongsi pengalamannya menyertai ujibakat BSA ini yang pada awalnya hanya menyangka pertandingan ini untuk mencari penyanyi individu.
Namun, semuanya berubah apabila pihak produksi memberitahu kepadanya pertandingan ini mencari sebuah kumpulan untuk industri muzik di Malaysia.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rampas Kedudukan Pertama! Daniel Sher Puas Hati Dapat Tunjuk Bakat Main Gitar Elektrik - “Saya Cuba Cari Versi…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAplha: Daniel Sher Tak Tersinggung Persembahan Fiction Dikata Feminin - “Semua Orang Ada…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Araff Hampir Pengsan Selepas Persembahan Berkumpulan

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Buka
#Mata
#Kenal
#Ramai
#Big Stage Alpha
#Daniel Sher
Must-Watch Video