BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Daniel Sher Anggap Penubuhan ALPHA Lebih Bermakna Berbanding Keputusan Individu - “Saya Rasa Kami Semua Tidak Patut…”

Ainun Md Zooki 20/06/2025 | 13:55 MYT
Bintang ALPHA, Daniel Sher mengakui tidak berasa kecewa walaupun gagal memenuhi jangkaan peminat untuk dinobatkan sebagai juara Big Stage Alpha.

Menurut Daniel, kejayaan menubuhkan kumpulan ALPHA bersama tujuh bintang lain sudah cukup bermakna dan dianggap sebagai kemenangan yang lebih besar, bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk industri muzik tempatan.

“Nak kata kecewa itu tidak, saya rasa kami semua tidak patut kecewa. Saya rasa ini adalah masa untuk kami raikan kemenangan kami sebab OT7 sudah ditubuhkan.

“Ini adalah satu berita yang baik untuk industri muzik tempatan. Saya pun tak rasa kecewa sebenarnya — bagi saya, berjaya berada dalam kelompok tujuh terbaik dan mara ke pentas akhir sudah cukup membanggakan,” katanya kepada Gempak.

Daniel turut mengakui terkejut dengan keputusan akhir pertandingan, namun tetap percaya bahawa setiap peserta telah memberikan usaha dan persembahan terbaik masing-masing.

“Keputusan akhir mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang, termasuk saya sendiri. Tapi saya percaya, setiap bintang sudah berikan persembahan terbaik. Rezeki kita semua berbeza. Bukan semua orang akan berada di tempat pertama setiap masa,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga menyifatkan penyertaannya dalam Big Stage Alpha ini sebagai titik permulaan yang berbaloi, selepas 10 tahun menanti peluang untuk menyerlahkan bakat sebenar.

“Penantian 10 tahun itu berbaloi untuk saya. Kali ini, saya dapatlah tunjukkan bakat diri saya kepada semua rakyat malaysia dan sekarang semua orang dah mula kenali saya.

“Saya bersyukur sangat menerusi Big Stage Alpha, saya dapat kongsikan bakat saya kepada semua orang. Saya sayang semua orang,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Buka Mata Rakyat Malaysia Untuk Kenali Daniel Sher - "Sebelum Ini, Tak Ramai Pun Yang..."

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rampas Kedudukan Pertama! Daniel Sher Puas Hati Dapat Tunjuk Bakat Main Gitar Elektrik - “Saya Cuba Cari Versi…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAplha: Daniel Sher Tak Tersinggung Persembahan Fiction Dikata Feminin - “Semua Orang Ada…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher Akui Perbezaan Umur Bukan Penghalang Tapi Kerjasama Penting - “Ada Yang Baik & Buruk Tapi Semuanya…”

#Kecewa #Tidak #Big Stage Alpha #Alpha #Daniel Sher