gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
HIBURAN
Drama Mikro The Girl From The Other Side Of The Galaxy Menang RM100,000 Pertandingan Skrip & Drama Mikro ToYm 2025
HIBURAN
Rossa Takluk Dua Negara, Konsert ‘Here I Am’ Tarik Lebih 22,000 Penonton Di Jakarta Dan Kuala Lumpur - "Kalian Terima Saya Sebagai Keluarga"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”

Mya Amri
Mya Amri
18/04/2025
21:50 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”
Penyanyi Syafeek Ikhwan, 37, menganggap usia bukanlah penghalang utama untuk dirinya menyertai program Big Stage Alpha 2025 dan bertanding bersama 17 peserta lain yang rata-rata lebih muda.

Usia bukan penghalang

Menurut Syafeek, setiap penyanyi memiliki perjalanan karier yang berbeza dan tahun ni adalah peluang bagi dirinya untuk menyertai program realiti.

“Nak diikutkan memang rasa agak lewat kalau difikirkan dari segi usia. Tetapi saya pun memulakan kerjaya dalam nyanyian hanya selepas saya pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian. “Kemudian saya mula bekerja dan barulah saya fokus pada menyanyi pula.

“Fasa dan tempoh masa setiap penyanyi itu berbeza-beza. Mungkin sudah tertulis takdir saya (menyanyi) lambat sikit berbanding orang lain,” katanya.
Syafeek berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Big Stage Alpha di Kota Damansara, pada Khamis.

Tak malu bergaul dengan Gen Z

Tambah Syafeek, walaupun perbezaan umur itu wujud, dia bagaimanapun turut selesa bergaul dengan rakan-rakan yang lebih muda berbanding usianya.

“Saya pun ada ramai kawan yang lebih muda (Gen-Z) dan kerap bergaul dengan mereka. Insya-Allah okay dan dalam Big Stage Alpha ini, saya mahu bawa diri sebagai seorang yang lebih fleksibel. “Jadi saya terbuka untuk berkawan dengan mereka yang matang atau masih muda. Tapi setakat ini, mereka okay saja. Malah bila pertama kali berjumpa peserta lain pun, ada yang percaya bila tahu usia sebenar saya,” ujarnya lagi.

Malah Syafeek yang pernah mengharumkan nama negara dengan menerusi i-Sing World di Paris, Perancis pada 2018 itu mengakui tidak segan bersaing dengan peserta yang masih ‘hijau’ dalam nyanyian kerana melihatnya sebagai pengalaman yang tersendiri.
“Bagi saya tiada apa yang perlu dimalukan sebab ia adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi itu.
“Lagi satu, saya juga sedar diri sebab kalau saya tidak sertai pertandingan yang besar seperti ini, siapa lagi yang akan mengenali saya?
“Mana tahu, di sini menjadi platform untuk saya lebih dikenali, lebih-lebih lagi bila terpilih sebagai antara 18 peserta bagi musim ini, ia satu peluang yang besar dan membanggakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: #BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!

Untuk info, kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
#Big Stage
#Syafeek Ikhwan
#Usia
#Gen Z
#Big Stage Alpha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement