BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”

Ainun Md Zooki 09/06/2025 | 04:25 MYT

Ketua juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat meluahkan rasa kagum terhadap keserasian tujuh bintang Alpha yang berjaya memberikan persembahan terbaik secara berkumpulan.

Menurut Syafinaz, meskipun kesemua peserta datang daripada latar belakang dan pengalaman berbeza namun, mereka tetap mampu membentuk satu kumpulan yang seimbang dari segi vokal, tenaga dan aura persembahan.

“Secara keseluruhan, mereka saya kira boleh dilihat sebagai satu kumpulan yang cantik kerana masing masing macam kasi vibe dan energy kepada each other.

Ini dapat kita perhatikan pada awal persembahan iaitu mereka menyanyikan lagu Gento. Macam biasa, juri punya concern adalah sama ada yang muda dapat menyusaikan diri dengan yang lebih matang kerana mereka lebih banyak pengalaman manakala yang lebih berusia pula, adakah mereka boleh catch up dengan energy anak anak muda itu,” katanya kepada Gempak.

Namun, ketua juri itu tidak menafikan terdapat beberapa kelemahan ketara apabila kumpulan itu menyampaikan lebih daripada satu lagu dalam persembahan.

“Bila mereka menyanyikan banyak lagu, kita boleh nampak ada kekurangan. Tapi saya yakin, dengan latihan yang lebih keras dan fokus, kumpulan ini berpotensi besar untuk menjadi sangat berjaya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Syafinaz juga memuji kekuatan setiap peserta yang berjaya menyumbang kepada elemen penting dalam persembahan berkumpulan.

Baginya, bintang Alpha tahu tugasan dan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan jika dijadikan sebagai sebuah kumpulan.

“Pada saya, 99 peratus memang boleh menyanyi. Ada yang pandai buat harmoni, ada yang boleh rap, menari dan paling penting kerjasama antara satu sama lain sangat baik. Insya-Allah, mereka boleh pergi jauh,” ulasnya.

Bagaimanapun, Syafinaz turut menyuarakan kebimbangan terhadap prestasi solo bintang Alpha pada minggu tersebut yang dilihat sedikit menurun.

“Persembahan solo untuk minggu ni agak menurun. Mungkin sebab mereka penat sebab mereka menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Gento dan lagu tugasan berkumpulan. Mungkin fokus mereka kepada berkumpulan,” katanya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir

BERITA BERKAITAN: Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rizal Rasid Bakal Jadi Oppa, Bawa Lagu OST Lovely Runner - “Saya Akan Pastikan Sebutan Betul, Rujuk Guru Bahasa Hangul”

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Love #Bintang #Puji #Chemistry #Datuk Syafinaz Selamat #Big Stage Alpha #Alpha