BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Tamatkan Penantian Selama 16 Tahun, Ariel Fesol Syukur Bergelar Juara - “Ini Adalah Momen Yang Saya…”
Juara Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol meluahkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara program hiburan tersebut.
Menurut Ariel kemenangan itu sangat bermakna buatnya kerana dia sudah lama menantikan momen tersebut dalam kehidupannya.
“Lima tahun saya tunggu nak masuk Big Stage. Sebelum ini pernah kena ‘reject’ sebab pengikut di laman sosial tak ramai.
“Bila nama saya diumumkan sebagai juara, itu adalah momen yang saya nantikan sepanjang 16 tahun selepas masuk Idola Kecil,” katanya kepada Gempak.
Pernah berputus asa disebabkan pertandingan yang disertai sebelum ini tidak membuahkan hasil, Ariel mendedahkan dia mengambil keputusan undur diri dari dunia nyanyian pada tahun 2019 dan memilih untuk bekerja sebagai seorang pramugara.
“Saya masuk pertandingan apa apa pun, semuanya tidak menjadi. Saya rasa seperti tidak dihargai sampailah saya putus asa.
“Tahun 2019, saya ambil keputusan untuk tinggalkan industri dan tidak mahu menyanyi lagi, saya tidak mahu kejar lagi dan saya nak jadi seorang pramugara,” kongsinya.
Walaupun bersyukur atas rezeki yang telah diberikan kepada dirinya, namun perasaan dan impian Ariel untuk menjadi seorang penyanyi sentiasa ada di dalam dirinya.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Akui Tertekan, Suara Masih Belum Pulih Sepenuhnya -”Terlalu Banyak Ubat & Ikhtiar Yang Saya Lakukan Sehingga Tukar…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”
Tanpa berfikir panjang, dia sendiri nekad untuk mencuba nasibnya dengan menyertai ujibakat Big Stage Alpha.
Dalam pada itu, Ariel juga mengakui berasa kecewa dengan diri sendiri kerana melihat rakan-rakan seperjuangannya seperti Haqiem Rusli, Azzam Sham, dan Afiq Shazwan berjaya dalam bidang nyanyian ini.
“Saya tertanya juga, kenapa kawan-kawan saya boleh berjaya, tapi saya tak? Saya pernah cuba post di Instagram dan TikTok, tapi views tak banyak.
“Sampai satu hari, saya post video nyanyi atas kapal terbang dan kebetulan penumpangnya David Foster. Sejak tu, baru orang mula nampak saya,” katanya.
Namun begitu, Ariel juga meluahkan dirinya seperti tidak percaya bahawa pentas akhir BSA ini merupakan momen dimana namanya diumumkan sebagai juara pertandingan ini.
“Saya tidak tahulah nak cakap sebab saya rasa mimpi. Setiap malam sebelum saya tidur, saya dengar lagu, saya bayangkan saya menyanyi dan saya bayangkan momen sebentar tadi yang diumumkan juara tapi hari ini impian saya direalisasikan. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Sekadar info, Ariel Fesol diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 serta trofi sumbangan Astro.
Manakala naib juara pula menjadi milik Ray-D dan tempat ketiga jatuh kepada Rizal Rasid.
Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan RM10,000.
Must-Watch Video