BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Terharu Dapat Pujian Daripada Ajai, Daniel Sher Kekal Kedudukan Pertama - “ Saya Sedikit Emosi Sebab…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher meluahkan rasa terharu apabila persembahannya di minggu kedua mendapat pujian daripada juri jemputan, Ajai.
Menurut Daniel atau nama sebenarnya, Daniel Sher Aaron Bahadur, dia berasa sedikit emosi apabila komposer itu menyukai persembahannya.
“Saya juga terkejut bila Ajai sukakan persembahan saya. Saya sedikit emosi sebab ibu saya cakap kepada saya, jika Ajai menyukai persembahan saya, itu bermaksud awak sudah berjaya. Itu merupakan antara pencapaian terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak.
Daniel Sher berkata demikian selepas tamat persembahan di minggu kedua Big Stage Alpha pada Ahad malam.
Dalam pada itu, Daniel turut meluahkan rasa bersyukur apabila sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama pada minggu kedua.
Katanya, dia tidak meletakkan sebarang tekanan untuk kekal di kedudukan teratas sebaliknya hanya ingin memberikan persembahan yang terbaik buat para penonton.
“Saya sebenarnya agak terkejut. Ramai juga bertanyakan kepada saya adakah saya stres kalau saya tidak dapat nombor satu lagi di minggu yang kedua ini.
“Bila orang tanya soalan sebegitu, saya cuma beritahu kepada mereka yang saya hanya mahu berikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Rina Rose Sakit, Elly Mazlein Sempat Usik Hael Husaini Nyanyi Lagu ‘Di Pintu Syurga’ Antara Momen Minggu Kedua BSA
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ashmirul Reda Dengan Keputusan, Kurang Keyakinan Punca Pulang Awal - "Saya Sedikit Kecewa Bila..."
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher Juara Lagi, Perjalanan Ashmirul & Qarl G Terkandas Di Minggu Kedua
Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.