Bikin Teh Susu Campur Isi Ikan Keli, Resepi Aneh Bikin Netizen Kembang Tekak!
Ainun
14/07/2024 11:55 MYT
14/07/2024 11:55 MYT
Tular di media sosial seorang individu berkongsi resepi menghasilkan minuman teh susu yang dicampurkan dengan isi ikan keli.
Dalam video tersebut, individu berkenaan menyatakan keinginannya untuk mencuba teh susu yang diproses bersama isi ikan keli.
"Milk tea lele (ikan keli) enak banget," demikian reaksi seorang lelaki yang mencuba hidangan unik dalam video itu.
Selain meminum teh susu yang telah direbus bersama ikan keli yang telah dicerakinkan isinya. Kata pencipta resepi itu, hidangan itu lebih sihat kerana 'bobanya' menggunakan potongan isi ikan keli yang lebih alami dan organik.
Kembang tekak
Video yang turut dikongsikan oleh pemilik akaun Jalal Misai itu telah meraih sebanyak 100 ribu tontonan di aplikasi X.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi selepas menonton video tersebut.
“Kembang tekak wehhh…
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA TRENDING: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial
BERITA TRENDING: Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu
BERITA TRENDING: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng
BERITA TRENDING: Isu Majikan Campak Makanan, Ini Respons Individu Yang Pernah Bekerja Di Sektor F&B - “Siapa Masak Lebih…”
Selain itu, ada juga beberapa pengguna media sosial yang berseloroh meminta agar menggantikan isi ikan keli itu dengan pelbagai hidupan air lain.
"Boleh juga guna telur ikan mayong/sembilang untuk ganti boba,” kata seorang pengguna di aplikasi X.
"Boleh juga guna telur ikan mayong/sembilang untuk ganti boba,” kata seorang pengguna di aplikasi X.