Viral

Isu Majikan Campak Makanan, Ini Respons Individu Yang Pernah Bekerja Di Sektor F&B - “Siapa Masak Lebih…”

gempak
Gempak
08/07/2024
02:59 MYT
Sponsor Banner
Isu Majikan Campak Makanan, Ini Respons Individu Yang Pernah Bekerja Di Sektor F&B - “Siapa Masak Lebih…”
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai majikan restoran yang mengamuk kepada pekerjanya gara-gara masak makanan secara berlebihan.
Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga salah seorang bekas pekerja dari bidang makanan dan minuman (F&B) memberi ulasan terhadap rakaman berkenaan.
Seorang pemilik akaun X, iaitu Benfirdaus Azraai mengulas mengenai teguran yang dibuat oleh majikan berkenaan terhadap para pekerjanya.
“Dulu kerja F&B, kalau ada makanan lebih kene record dan buang. Siapa masak lebih memang kena tindakan.
“Orang kata kenapa tidak sedekah atau bagi dekat pekerja bawa balik kan dapat pahala. Dalam berniaga pahala nak dan kita pun tak nak rugi. Kenapa tidak boleh nak sedekah atau bawa balik makanan lebih? Ni sebab nya,” tulisnya.
Ben mengulas mengenai tindakan pemilik perniagaan tersebut yang membaling makanan yang telah dimasak ke lantai, sambil memarahi pekerjanya yang dikatakan tidak mengikut arahan.

Kualiti

Ben yang kini bergelar pereka dalaman menambah, kualiti makanan mungkin berkurang jika ia dibungkus dan dibawa pulang ke rumah.
“Selepas habis waktu bekerja, biasanya makanan yang dibawa keluar sudah tidak berapa elok dari segi kualiti. Kalau dibawa balik juga, mungkin pekerja atau sesiapa yang makan boleh sakit perut apatah lagi nak sedekah dekat orang. Kalau nak sedekah pastikan makanan semuanya baharu bukan lebihan atau sisa makanan betul tak?” ulasnya.
Selain itu, Ben turut mendedahkan kemungkinan yang berlaku terhadap isu makanan yang dimasak secara berlebihan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Uniknya! Pelancong Wanita Ini Diberi Nama Malaysia - “Orang Di Sini Baik, Makanan Juga Bagus”

​ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Puji Sikap Mulia Pak Cik Beri Baju & Makanan Kepada Gelandangan Kesejukan - “Moga Menjadi Asbab Mengajak Orang Lain…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

​ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Ayam Gunting, 99 Pelajar, Guru Alami Keracunan Makanan!

​ARTIKEL BERKAITAN: Brahim’s Food Services Kekal Cemerlang, Peneraju Utama Penyedia Makanan Halal Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

“Kedua, andai kata kalau ada makanan yang berlebihan pekerja boleh bawa balik, ppekerja akan sengaja masak lebih sebab boleh bawa balik makanan. Kalau seminggu lima kali ada lebihan dan bawa balik sudah ada kerugian di situ. Apa-apa pun, kena elakkan ayat ‘boleh bawa balik’ sebab nanti akan menjadi tabiat sengaja untuk alasan masak lebih.
Kongsi Ben, makanan perlu dimasak hanya selepas menerima permintaan agar hidangan yang sampai kepada pelanggan tidak sejuk.
“Semasa PKP, saya pernah buat perniagaan makanan. Mungkin kes kali ini pemilik restoran itu sudah bagi pesan banyak kali tetapi degil. Sebab itulah, pemilik restoran itu naik hantu. Kami perlu masak makanan yang baharu tapi sampai dekat klien lewat sikit pun dah kena komplain sebab sejuk dan minta bayaran balik. Sebab itulah kualiti makanan sangat penting untuk dijaga.

“Bukanlah nak jadi terpaling tahu tapi ilmu yang boleh kita share. Apa-apa pun perbanyakkan sedekah.” ujarnya.

Sumber: X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024