Hiburan
Bil Elektrik Cecah RM1,500, Wanita Ini Rupanya Tersilap Bayar Bil Jiran Selama...
Seorang wanita mencuri tumpuan di platform Facebook semalam apabila berkongsi kisah malang membayar bila elektrik jirannya selama hampir lima tahun.
Menurut pengguna Facebook dikenali sebagai Eve Lim, dia menjelaskan bil elektrik terpaksa ditanggungnya adalah sekitar RM700 hingga RM800 sebulan.
“Untuk selesaikan masalah ini saya hubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak kali,
“Saya juga ada lakukan pemeriksaan sendiri untuk selesaikan masalah ini. Pelik penggunaan saya tak sama dengan jumlah bil saya perlu bayar,” katanya.
Menurutnya, dia telah melakukan pelbagai cara sehinggalah bil mencecah RM1,500 Julai lalu.
“Saya kemudian meminta pekerja TNB menutup bekalan elekrtik di rumah saya. Apabila dia berbuat demikian, rumah saya masih terang dengan lampu yang menyala.
“Namun, tiba-tiba pekerja tersebut ketawa apabila mendapati orang gaji jiran keluar bertanyakan kenapa rumah mereka tiada elektrik.
“Saya kemudian mendapati pemaju rumah tersilap meletakkan nombor meter elektrik dan TNB selama ini tersalah caj,” katanya.
Jelasnya, TNB telah berjanji untuk memulangkan semula bayaran lebihan selama lima tahun dianggarkan sebanyak RM15,000.
Sehingga kini posting wanita tersebut telah dikongsi sebanyak 3,800 kali.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
1.Artis Kacak TerGempak 2020
3.Artis Bujang TerGempak 2020
4.Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020
5.Couple Romantik TerGempak 2020
6.Ajushi Elok TerGempak 2020
7.BBNU TerGempak 2020
8.Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020
9.Influencer TerGempak 2020
10. Individu TerGempak 2020
Untuk makluman undian Gempak Most Wanted boleh diundi tanpa had.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi apa tunggu lagi? Jom undi!
Must-Watch Video