Hiburan
“Bila Allah Bagi Rehat…”- Sibuk Kerja, Amyza Aznan Jatuh Sakit
Pelakon Amyza Aznan akui kerana kesibukkan kerja dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Menurut Amyza, dia kini semakin baik dan perlu berehat.
“Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tunturan kerja.
Advertisement
“Jadi, bila Allah bagi rehat, saya rehat la. tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisen tak terluah dengan kata-kata,” katanya.
Amyza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amyza memuat fotonya terlantar di hospital.
Amyza beretrima kasih kepada syarikat produksi kerana difahamkan dia jatuh sakit ketika penggambaran sedang berlangsung.
“Terima kasih kepada semua kawan-kawan di set shooting yang tanpa hendti bagi sokongan moral.
“Terima kasih ZQB production yang menjaga kebajika artis. Kasihan pembantu pengarah yang hari-hari fikir nak ubah jaduah kerana saya,” katanya lagi.
Must-Watch Video