Hiburan

“Bila Anak Kita Lahir, Aku Menangis Kegembiraan” - Reuben Elishama Hargai Pengorbanan Shenty Feliziana

gempak
Mya Amri
01/08/2019
12:43 MYT
Sponsor Banner
“Bila Anak Kita Lahir, Aku Menangis Kegembiraan” - Reuben Elishama Hargai Pengorbanan Shenty Feliziana
Pelakon Indonesia, Reuben Elishama mendedikasikan ucapan istimewa buat isterinya, aktres Shenty Feliziana.
Ucapan khas tersebut sebagai tanda penghargaan kepada Shenty selepas melalui perjalanan pahit getir sepanjang proses kehamilan.
Menerusi ucapan itu juga, Reuben turut menyatakan perasaan sebak dan gembira sebaik sahaja melihat isterinya melahirkan anaknya.
“Wahai isteriku, untuk 40 minggu kamu mencuba yang terbaik untuk menjaga bayi dengan selamat dalam kandungan dan aku tak pernah meragui sebesar mana kasih sayangmu untuk anak kita menerusi dedikasi yang kamu berikan.
“Sekarang bila anak kita lahir, aku menangis kegembiraan… Aku berjanji akan terus menjaganya dengan selamat dan mengajarnya untuk menjadi lelaki yang terbaik.
“Aku sayang kamu @shentyfeliziana dan dengan bangganya aku menamakan anak kita BIRU ABIYYU YUSUF yang kini berusia empat hari,” tulisnya menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya.
BACA: Shenty Feliziana Selamat Lahirkan Anak Pertama
BACA: Uniknya, Shenty Feliziana Pilih Nama Biru Abiyyu Yusuf Untuk Putera Sulung
Terdahulu, Shenty telah berkahwin dengan dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April 2018.
Reuben, 41, dan Shenty, 30, yang aktif berlakon di Malaysia mula berkenalan sebagai rakan sekerja ketika menjalani penggambaran siri Dosa pada Jun 2017.
Hubungan mereka berputik selepas penggambaran drama tersebut tamat dan pasangan ini mula menjalinkan ikatan cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live